About Me

My Photo
i just an ordinary girl..easy going to anyone..have a complicated life because i just complicate my life as i can't control my emotion well. i like to explore and i don't care what other people want me to be. i just be myself. think what you want to think, but don't ever bother my life. i can be friendly if you be friendly with me. and the most important are sincerity and honesty.

Thursday, January 26, 2012

seminggu yang manis+pahit

Gong Xi Fa Cai!!

tapi tak dpt ang pau pn lagi..boss kasi cuti pn tak nak cuti..g keje jugak.. huhu..
da lama tak mengarang kt blog ni..latest pn psl miss someone new..tp actually cpt dia dtg cptla dia pergi..
biasalah.. he's one of my colleague, actually not engineer sbb engineer suma cina kecuali lutfi (dah kawen anak sorg) and yana (masih bujang). kisahnya aku tak begitu kenal dgn dia just bertegur sapa bila terserempak. tapi nak jadikan cerita bila aku sedih terkenangkan mrsh yg balik kuantan, n menetap kt sana tanpa beritahu aku.. dia mntak plak no tipon. ms tu mmg mmg mmg tak expect ape2. mungkin senang bila ade activti company sng nk contact. tapi lain ceritanya..


Tuesday, January 17, 2012

something

can i say that i start to missing u?
is it too early?
mudahnye la jatuh suka..
tak serik kan??
suka, rindu, sayang, kasih, cinta.
just control from fall in love with a wrong guy
if u want me, marry me. that's it!
but now i want to smile..
thanks make my day..

Thursday, January 05, 2012

Time passed by

tak tahu apa yang patut dirasa
ada rasa bahagia bila terkenangkan saat itu
rasa rindu bila dia tiada di sisi
tapi mungkin itu hanya seketika cuma
aku tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini
biarlah masa yang menentukan
aku tak mahu memaksa diri
lagi dipaksa lagi teringat
lagi benci lagi sayang
just go with the flow of time
time time time..

..go with the flow..
 

Wednesday, November 16, 2011

Tabahlah Hati


baru tak baru sangat..just go with the flow of time..
hidup kena teruskan jugak walau mata bengkak, menangis tersendu-sendu, memanggil-manggil orang yang tak sudi.. bukan niat untuk kembali, tapi aku rindu. teramat amat amat rindu! seperti kehilangan sesuatu yang telah menjadi sebahagian nyawa. kini sebahagian itu telah pergi. telah pergi!! sukarnya untuk aku terima semua nie. dulu mungkin aku tak boleh terima kenapa aku ditinggalkan, kini aku tak dapat terima tanpa dia di sisi. doaku kerap kali supaya dapat melupakan dia, buang dia dari ingatan dan hati aku. tapi ada sahaja yang menggamit kenangan bersama. entah. cukup perit, pedih, pilu sangat bila teringatkan dia. kenapa la semua nie jadi pada diriku? kenapa dia hilang begitu tanpa ada rasa belas? makin ku fikir, makin aku hilang kawalan emosi. keliru, sedih, marah, kosong. Tuhanku, berilah aku kekuatan untuk hadapi semua ini. kuatkan hati ku untuk tidak mengingati dia dan tabahkan hatiku untuk terus keluar dari kedukaan hati ini. Cinta yang aku beri pada dia tetap utuh, tetapi Engkau telah menarik cintanya dari ku. dan sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui segalanya dan Engkaulah yang menganugerahkan segala yang terbaik untuk diriku.

Tuesday, November 15, 2011

Doa Istikharah: Mohon Petunjuk dariNya

Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini  mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.”

Tuesday, November 08, 2011

saya nak kawen!!!!

saya nak kahwin!!
tapi kenapa saya nak kawen?
dah ada calon ke?
sape calon tu?
boleh ke nak kawen?
layak ke nak kawen?
dah ready ke nak kawen?
dah ada banyak duit ke nak kawen?
bila nak kawen?

..i'm lost in my own world.. (^_^!)

Saturday, November 05, 2011

Get real

after 3minggu sendiri..aku mula sedar kenyataan hidup ni yang tak selalu indah.. dia yang aku puja dah takde dalam hidup ni. mungkin tiada jodoh antara kami. kesilapan lalu takkan berulang lagi kalau kita jadikan ia pengajaran yang takkan dilupakan. kenangan tinggal kenangan. walau aku cuba untuk melupakan dia, tapi tetap sukar untuk melupakan. rindu masih ada.sayang masih bersisa. aku tak boleh tipu diri sendiri tapi itulah kenyataan. sedih tetap sedih tapi hidup harus diteruskan. menangis berbaldi2 pun perkara dah jadi. masa takkan dapat diulang semula. kemungkinan kalau aku teruskan lagi aku tak dapat belajar dari kesilapan lama. mungkin ade yang lebih baik untuk aku masa akan datang. semoga Tuhan akan beri jalan yang terbaik untukku. dan berikan petunjuk yang baik untuk aku lalui. aku tak nak nangis lagi. pedih perit sangat! smoga apa yang jadi ni dapat dijadikan sempadan dan pengajaran pada aku,dia dan liyana. Get R.E.A.L...

Saturday, October 22, 2011

masih ada rasa

ramai sudah melangkah ke arah perkahwinan..
ramai yang dah mengikat tali pertunangan..
mungkin jodoh mereka sudah sampai..
bermacam-macam perasaan bila aku lihat kegembiraan dan kebahagiaan mereka..
alangkah bahagia nye mereka..
cemburu terbit di hati bila tibanya akan giliran aku?
kala aku impikan untuk ke arah itu bersama dia
dia meninggalkan aku kerana kelemahan dan kekurangan diri
dan aku tidak tahu di sebalik keputusan ini
adakah ada yang menunggu dia
atau sememangya kerana kelemahan kami dalam hubungan ini
walau hati masih sayang, masih ada rindu, masih ada cinta,
tapi kerana ego, kerjaya yang memerlukan lebih perhatian
kami terpisah..
sedih terlalu sedih bila hidupku tanpa dia di sisi
dia dah menjadi sebahagian dari hidupku
sukar untuk terima kenyataan hidup ini
gila dibuatnye.. aku masih waras.tapi kala aku rindu
aku memberontak inginkan dia di sisi..
sperti mahu merosakkan diri yang sedia rosak..
kenapa???????? kenapa mesti aku tempuh semua ini.????

Tuesday, October 18, 2011

keep on!

Walau dah dapat bersemuka ngan dia..
tapi rasa cam ade gap lagi..
oh! aku harus terima..
salah aku..salah dia..
ego aku..ego dia..
aku tak tahu kesudahannya..
bagai menunggu bulan jatuh ke riba..
takpelah..aku harus keep on pray for us and my happiness
aku tak nak kehilangan orang2 yang aku sayang
dek sikap aku yang tah pape ni..
doa2 aku terus kuat,sabar, tabah, dan tak tinggal suruhanNya..

Thursday, October 13, 2011

after third time..

saya sudah mula rindukan dia..
kuatlah! tabah lah! wahat hati!
kenapa dugaan ini yang harus aku tempuh?
mungkin sebab ketidak-sabaran aku?
mungkin ketidak-prihatinan dia?
mungkin sebab keegoaan aku dan dia?
mungkin sebab kemarahan aku?
mungkin sebab cemburu dia tanpa sedar?
mungkin sebab telah dihasut?
mungkin sebab tidak mahu berterus terang?
mungkin sebab kelantangan berkata-kata tanpa fikir kesannye?
mungkin sebab ketidak puasan hati dengan apa yang ada?
mungkin sebab tidak bersyukur?
mungkin sebab ..............
tak tahu yang mana satu puncanye..
YANG PASTI AKU RINDU DIA!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...