1) Kecantikan Dalaman.Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perawakannya tetapi agungdan tinggi merantai dirinya. itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi. Mereka tidak sesekali akan menjual maruah dirinya hanya utk mencari nama dan wang sementara. Mereka tidak akan untuk mencari namadan wang yang sementara. Mereka tidak akan mendedahkan diri mereka diperkudakan oleh nafsu dan sekali-kali tidak akan menuntut sesuatu yang bukan miliknya. Kecantikan dalaman akan meyakinkan sesorang wanita bahawa dirinya adalah cantik dan sesuai dengan tahap manusia ini sebagai sebaik-baik kejadian. Kecantikan dalaman terpancar dari hati yang murni dan minda yang bersangka baik. Allah berfirman di dalam al-Quran:"Sesungguhnya Allah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian."(surah At-Tin:4)
2) Keanakan-Anakan. Sifat semulajadi lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi. justeru, lelaki memang sukakan sifat kemanjaan dan keanak-anakan seseorang wanita supaya mereka boleh berperanan sebagai pelindung kepada mereka. Namun, sifat keanak-anakan yang melampau tidak sesuai dan boleh menampakkan wanita itu seperti kurang matang. Suara merdu wanita seperti suara kanak-kanak boleh menambat hati lelaki. Namun, seseorang wanita tidak sewajarnya memperdengarkan suara merdu mereka dengan tujuan untuk menarik lelaki, kerana ia boleh merosakkan hati lelaki yang mendengarnya sehingga boleh menimbulkan keinginan-keinginan syaitan. Simpanlah kemerduan suara itu buat menambat hati suami setelah anda bergelar isteri. Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya. seseorang wanita harus memagari keindahan itu dengan sederhana dan jangan terlampau keanak-anakan.
3) Cantik Kecantikan dan wanita memang suatu yang sejajar dan diakui oleh semua manusia. Wanita diciptakan cantik dan indah. Mereka akan bijaksana jika bijak menguruskan penampilan diri. Namun, kecantikan penampilan itu hendaklah cocok dengan lunas-lunas syara'. Wanita solehah akan berusaha menghiburkan hati suaminya. Oleh itu, setiap wanita hendaklah menjaga kecantikan sejak muda agar boleh menjadi hadiah berharga dan bermakna buat suaminya nanti. Wanita perlu berusaha menjaga penampilannya seperti:>>Berusaha memecahkan lemak di badan ketika masih gadis supaya sentiasa langsing>>Menjaga kesihatan dan stamina dengan riadah dan pemakanan seimbang.>>Menjaga kehalusan kulit dengan rawatan tertentu.
4) Berakhlak Mulia Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Rasulullah s.a.w bersabda: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah." Wanita solehah memainkan empat peranan utama:>>Sebagai IBU, terukir di paparan dada.>>Sebagai ISTERI, pengubat duka nan lara.>>Sebagai KEKASIH, dirindui saban ketika>>Sebagai MUJAHIDAH, berdiri teguh di belakang mujahidin. Biasanya akhlak mulia merupakan sifat wanita timur. Oleh itu, malanglah jika wanita timur ingin mencontohi wanita barat kerana kebanyakannnya tidak berakhlak.
5) Berpegang Kepada Agama Wanita yang berpegang pada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara di dalam hidupnya mengangkatka martabat dirinya seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Malah, keunggulan ini mampu menyemarakkan jiwa lelaki untuk turut bangkit merperbaiki peribadi sebagai mana keperibadian srikandi Islam terdahulu yang mampu melahirkan para auliya' dan ulama' yang unggul dan terbilang. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama." Wanita yang beragama menjadi pilihan kerana faktor itulah yang akan menjadi kekuatan pada dirinya dalam memelihara maruah demi suami tercinta.
6). Keturunan yang baik-baik Keturunan yang baik menjadi aspek ukuran bagi lelaki untuk memilih wanita idamannya. Seseorang wanita yang berasal dari keturunan yang baik mudah diterima oleh lelaki. Hal ini kerana faktor keturunan sedikit sebanyak akan mempengaruhi generasi akan datang. Namun, wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti berketurunan anak zina, tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam datang untuk mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan di sisi Allah. Oleh itu, jika seseorang wanita itu berasal dari keturunan yang hina tetapi dirinya seorang yang berperibadi mulia, dia tetap merupakan wanita idaman lelaki.

No comments:
Post a Comment